Ekzema atau radang kulit sering
berlaku tidak kira kepada bayi ataupun dewasa. Seringkali ia disalahtafsirkan
sebagai kurap susu apabila berlaku kepada kanak-kanak kerana melihat pipinya
mempunyai tompok kemerah – merahan seperti melepuh, tetapi sebenarnya ia adalah
kesan daripada kulit sensitif.

Ia dikenali sebagai atopic dermatitis, berlaku
disebabkan jangkitan bakteria di kawasan berpeluh yang menyebabkan kulit
menjadi kemerahan, gatal dan berkerak. Ruam merah berkenaan kelihatan seperti
melecur. Radang kulit boleh berlaku tidak mengira bangsa dan
umur. Kebanyakan kes berlaku kepada kanak-kanak bawah 5 tahun iaitu
sebanyak 85%. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh, misalnya di lipatan
leher, lengan, kaki, hidung , muka dan pelipat kaki.
Punca berlakunya eczema adalah disebabkan keturunan,
alahan, kulit yang kering, gatal dan sensitif pada cuaca panas dan kain
berbulu. Juga boleh terjadi akibat jangkitan virus, penggunaan bahan kimia
seperti sabun, pembersih atau minyak wangi mahupun alahan kepada bahan makanan
atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.
Penyakit ini boleh pulih tetapi bergantung kepada
ketahanan antibodi seseorang sama ada pada usia dua, enam atau 12 tahun. Dalam
sesetengah kes, penyakit ini dihidapi pesakit hingga ke akhir hayat.
Komplikasi ekzema ialah gatal menyebabkan pesakit
sering menggaru. Akibatnya, mereka terdedah kepada jangkitan kuman serta menyebabkan
nanah. Ada pesakit yang mengalami ekzema daripada kepala hingga ke tubuh.
Rawatan untuk eczema adalah ubat pencegah gatal
seperti antihistamin, losyen pelembap, krim untuk menahan kekeringan dan
kegatalan, krim steroid untuk kes ekzema yang teruk dan antibiotik jika berlaku
jangkitan kuman. Jika ekzema dihidapi serius, steroid akan digunakan untuk
merawat masalah itu atau pesakit dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan
selanjutnya.
Ramai orang menganggap ekezema boleh
berjangkit. Tetapi sebenarnya tidak. Ia adalah berpunca daripada system imun
yang lemah dan penyakit ini boleh berulang kembali.
TIPS MENGURANGKAN GEJALA
- Letakkan anak di bilik selesa dan nyaman,
- Elak mandi air panas/suam,
- Elak memakai baju berlapis-lapis, guna pakaian jenis kapas dan nipis dan elak fabrik kasar
- Jangan guna sabun wangi apabila mandi dan guna krim pelembap selepas mengelap anak.
- Awasi makanan yang menyebabkan alahan serta dapatkan nasihat doktor
Sapukan kawasan kulit yang bermasalah dengan
VCO, kandungan minyak kelapa dara 100% asli dan tanpa bahan pengawet tidak akan
merosakkan kulit. Ia melindungi
kulit dari dalam dan luar. Kandungan antioksidan berupaya memelihara kulit serta
mencegah pembiakan bakteria kerana mempunyai anti bakteria semulajadi.
kulit dari dalam dan luar. Kandungan antioksidan berupaya memelihara kulit serta
mencegah pembiakan bakteria kerana mempunyai anti bakteria semulajadi.
No comments:
Post a Comment